Monday 4 April 2016

Belajar dari sebuah kesedihan untuk satu kebangkitan :)

Assalamualaikum tirai bulan April ... Semoga kita semua sentiasa dirahmati Allah dalam apa jua perjalanan hidup kita dibumi Allah yg kini membahang.. Jagalah diri kita dan kasih sayang kita dgn Sang Pencipta kita yang Maha Agung...InsyaALLAH !! pembukaan pena untuk bulan ini penuh dengan linangan airmata bilamana hati terusik akibat sebuah hikayat yang terlalu indah nilai cintaNya kpd manusia bersama rentetan ujian dalam kisah " Tenggelamnya Kapal Van Der Wijack ". Kadngkala kita belajar bangkit, bangkit dari kesedihan bilamana kita melihat kehidupan org lain lg daif dr diri kita sendiri dan kita sedar bahawa ujian itu bukanlah musibah yg meranapkan segenap harapan tp membangkitkan jiwa untuk satu kejayaan. Jagan terlalu menyalahkan diri atas sesuatu takdir yang menyakitkan kerana itu adalah perancangan dari Ilahi dan belajar utk ttp berjalan wlpun dihadap duri itu setajam belati . 

Hikayat hidup Insan yg Tenggelam di dasar kasih Ilahi ...


Pada awalnya aku melihat cinta bukan pada makna yg sebenar...Cinta yg indah dan tulus itu adalah berpaksikan kasih Ilahi bukan pada paras rupa, harta atau nafsu semata. Kedewasaanku pada dinihari menyedarkan aku bahawa sangat sukar untuk menemuhi cinta sejati jika kasih dan cinta pada Ilahi tidak sekukuh istana indah " Taj Mahal " . 
Merenung kembali kepada peristiwa yang kulalui 7 tahun yang lalui disaat aku baru belajar mengenali erti cinta.. huhuuhu... Cinta kasih pada insan di bangku sekolah seawal tingkat 4 sangat lawak jika aku mengimbau kembali saat itu. Aku sering mengambil berat dgn si polan syg la katakan...sayang la sangat..org kata saat itu ada peringkat cinta monyet...ada benarnya rasanya..Hubungan ini bertahan sehingga 5 tahun lamanya..Oleh kerana Allah itu Maha mengetahui hati manusia ini mampu berubah kerana " Allah mampu membolak balikkan hati manusia" . Disaat itu ak rasa jatuh jatuh dan jatuh lagi...kerana cinta manusia itu sangat membunuh hati....membunuh rasa cinta kepada Ilahi..manusia bisa khilaf menyalahkan takdir Allah.
Kesakitan itu juga membangkitkan satu semangat untuk berjuang bahawa aku mampu bangkit dari kekecewaan manusia. Disaat aku tersungkur oleh manusia, aku menapaki jalan ke tirai sejadah dan memohon pada Ilahi untuk terus kuat dan meneruskan hidup dalam kejayaan..Allah itu Maha Adil..Alhmdulillah Allah memberikan aku kesempatan utk berada di Universiti dan memegang segulung Ijazah.

Disaat aku mencari Ilmu dan melarikan diri dari perasaan cinta yang mampu membunuh hati Allah terus menguji dengan kehadiran insan yg bernama lelaki. Disaat itu aku hanya melihatnya dr sisi seorang saudara. Disaat dia larut bersama perasaan sendiri kerana terlalu tinggi kasihNya terhdp manusia yang hina ini aku terus menjauh jauh untk dia membenciku..Disaat butir kata dari sahabatnya menyerang jantungku " Kaulah permata yg hilang" meranapkan jiwanya. Ketahuilah wahai sahabt aku bukanlah wanita yg terlalu baik kau samakan dengan permata tp aku adalah wanita yang mencari cinta yang selama ini aku abaikan.. cinta yang aku tidak mampu milik dari seorang lelaki yg hnya melemparkan kata cinta dan janji berkati2x.. Maafkan aku jika hati wanita ini tidak mmpu nemdengar sepatah pun luahan hatimu kerana aku tida ingin larut dengan kata cinta yg pd akhirnya membinasakan jiwaku kelak..cubalah kenali hatimu kawal amarahmu sayangi hati sendiri insyaALLAH kebahagiaan bkn dtg dari diriku tp dari Allah...kini aku sedar cinta itu keranaNya...

Lari dan terus berlari sehingga keramahanku menjentik jiwa seseorang  yg ak anggp seperti abg sendiri..maaf juga jika aku sering berkasar ...bukan kerana aku tidak menghormati dirimu tp aku tidak ingin engkau hanyut dgn perasaan yg tidak pasti..aku tidak ingin pengharapan itu terus menjalar dimindamu ...aku tidak mampu mengasihi mana mana hati kerana aku sendiri masih bertatih mencari kasih Ilahi..Aku sentiasa mendoakan insan insan ini mendapat kasih sejati dari Ilahi selayaknya kasih.


" Hati itu sukar menilai rasa yg menjalar dek kerana minda menidakkan rasa yg hadr kerana takut utk tenggelam dilautan airmata utk kali ke 2 "
 

2 comments: